Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda empat negeri sehingga pukul 5 petang hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan berkata, negeri terbabit ialah Perak (Hulu Perak), Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Petaling).

Selain itu, Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat) di Sabah.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast