KUANTAN – Seorang lelaki ditemui maut di dalam kebun durian di Jalan Air Terjun Chamang, Bentong, bersama kesan kecederaan di beberapa anggota badannya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian dilaporkan oleh seorang lelaki warga tempatan pada jam 5.00 pagi tadi.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati lelaki warga asing berusia 29 tahun itu merupakan pekerja di kebun durian tersebut.

“Bagaimanapun, pihak polis berjaya menahan dua lelaki warga asing berusia 26 tahun dan 31 tahun yang juga rakan sekerja mangsa, di mana salah seorang daripada mereka mempunyai beberapa kesan kecederaan dipercayai berpunca daripada pergelutan.

“Seorang daripada mereka ditahan di lokasi kejadian manakala seorang lagi ditahan ketika cuba melarikan diri di kawasan berdekatan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Mohd Zaiham Mohd Kahar

Zaiham berkata, pihak polis berjaya merampas sebilah parang dan pisau yang dipercayai digunakan suspek.

Namun, tambah beliau, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast