Gambar yang dikongsi di Facebook

KUALA LUMPUR – Hati-hati membiarkan rumah kosong selama bertahun tanpa dijenguk kerana ada warga asing yang bertindak seperti ‘Israel’  – mengambil rumah anda untuk dijadikan kediaman tanpa disedari.

Ia berlaku kepada seorang pemilik rumah yang terkejut apabila apartmen yang beliau beli di Puchong dekat sini telah menjadi tempat tinggal sekumpulan warga asing.

Menurut ejen yang bertindak sebagai jurujual, pemilik berkenaan hanya menyedari kejadian itu baru-baru ini selepas berharat untuk menjual apartmen berkenaan.

Menurut beliau, pemilik rumah tersebut tinggal di sebuah negeri di Pantai Timur dan telah meminta rakannya mencarikan ejen untuk menjualkan rumah tersebut.

“Jadi dia suruh aku uruskan jual beli semua. Okaylah sebab Puchong dengan Seremban 2 tak la jauh mana. Boleh la tolong uruskan A to Z. Jadi owner tu poskan kunci pada sahabat aku tu dan sahabat tu pass kunci kat aku.

“Aku tanya rumah siapa duduk? Owner kata kosong sudah beberapa tahun. Dari beli tak duduk, sebab dia lebih suka duduk area kampung. Aku pun pergilah nak tengok condition rumah lagu mana. Bila sampai aku tengok ada orang dalam rumah.

“Aku pun call kawan owner tu sekali lagi nak confirm betul ka rumah ni kosong? Aku pun cakap kat dia ‘ada orang dok rumah ini, warga asing,” ceritanya yang dikongsi di Facebook Srilabu Kedah.

Menurutnya, sahabat kepada pemilik rumah itu juga terkejut kerana rumah itu tidak pernah disewakan kepada mana-mana pihak sejak 10 tahun lalu.

Penyelia kepada warga asing itu yang berasal dari Bangladesh memberitahu, mereka telah lama tinggal di rumah berkenaan tanpa membayar sewa dan tidak mengacau sesiapa.

Mereka kemudiannya meminta bukti kepada ejen dan pemilik  bahawa kediaman itu adalah milik tuan punya sebenarnya.

“Warga asing ni tak reti cakap Melayu dan cakap English. Aku nak speaking bahasa depa pun tak reti. Dalam hati aku kata berani betul depa ni.

“Ceroboh masuk rumah orang macam tu. Kita warga sendiri pun tak berani buat lagu tu. Depa berani-berani masuk dok rumah orang buat dek saja.

“Air depa tarik dari rumah sebelah. Elektrik pula tak tau depa sambung lagu mana. Oh Malaysiaku,” katanya.

Beliau telah menasihatkan pemilik rumah berkenaan untuk membuat laporan polis dan dia akan membuat laporan kepada Jabatan Imigresen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast