PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memanggil anaknya, Mirzan untuk dirakam keterangan.
Beliau mendakwa, tujuan utama SPRM memanggil anaknya adalah bagi mengumpulkan bukti terhadap beliau untuk didakwa oleh suruhanjaya tersebut.
“Anak saya disiasat dan diugut, saya nak tanya (Tan Sri) Azam Baki, siapa yang buat pertuduhan ini, kenapa soal anak saya dan buat kenyataan.
“Tapi sepatutnya beri tahu apa dakwaan (terhadap diri saya), saya boleh pertahankan,” katanya dalam sidang media khas di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), petang tadi.
Mahathir sebelum ini memdakwa anaknya Mirzan diugut akan dipenjara lima tahun sekiranya berbuat sesuatu bertentangan dengan pendakwaan.
Beliau berkata, anaknya itu sehingga kini tidak disebut akan dihadap ke mahkamah.
Sebelum ini, Mirzan dipanggil ke ibu pejabat SPRM Putrajaya bagi dirakamkan keterangan berhubung aktiviti perniagaannya pada akhir 1990an.
Siasatan itu difahamkan dilakukan terhadap syarikat kepunyaan individu berkenaan yang didakwa membeli sebuah subsidiari syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Katanya, suruhanjaya itu sedang mengkaji dokumen kewangan serta pemilikan aset entiti-entiti yang tersenarai dalam laporan-laporan tersebut dan siasatan masih dijalankan.
SPRM telah memulakan siasatan sejak Ogos 2022 terhadap semua entiti berkaitan dan dinamakan dalam laporan Kertas Pandora.
Malah suruhanjaya berkenaan turut mengarahkan ahli perniagaan itu untuk mengisyitharkan harta setelah SPRM menyerahkan notis perintah di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.
Pada sidang media sama, Mahathir turut mempersoalkan sikap diam diri SPRM terhadap adik Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berhubung dakwaan memiliki saham dengan jumlah yang melampau.
Ini penting kerana dakwaan pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya adalah milik Nasir Baki iaitu adik kepada Azam.
“Bila (adik) Azam Baki yang buat salah, beli share (saham) banyak, sepatutnya bila buat kenyataan macam itu, kita kena siasat adik dia. Berapa banyak saham dia beli, kena bagi sepanjang masa, sejak Azam Baki kepalai SPRM.
“Adik dia (Tan Sri Azam Baki) kena cerita semua, macam mana saya dengar anak saya (Mirzan) kena cerita semua yang perbuatan dia, business dia, duit dia, harta dia, semua dia mesti jelas daripada tahun 1981, tahun saya jadi PM, sehingga sekarang,” katanya. – MalaysiaGazette
Ko nak pertahan, pertahanlah kat mahkamah musibat…yg ko nak sekat SPRM siasat dah kenapa? mcm perangai Daim plak nak sekat siasatan..Gelabah beruk kaaa..sampai bila ko nak lari? Dgn Najib ko boleh laa nak lari..ni dgn Nuar Berahim ko tk lepas laa tua penyamun
Bawa bertenang n bnyk2 berdoa. Itu nama proses siasatan. Kalu tak salah awat kelam kabut tak tentu arah. Biar proses berjalan sewajarnyer
Habis la tun. PMX dah keluarkan bukti berkotak2 yg simpan 26 tahun. Dah hantor masuk court dah. Tunggu lama dah nak tgk isi kotak bukti tu. Harap2 takda tikus atau lipas makan bukti2 tu la. Dah dpt kuasa ni, PMX dah tak takut nak buka kotak2 tu depan rakyat. Cuma tak pasti la kotak bukti ka kotak kosong. Selalunya bunyi kuat ni kotak atau tin kosong ja.