MARAN – Polis Maran mengeluarkan 114 saman dalam dua hari pelaksaan Op Samseng Jalanan di Plaza Tol Sri Jaya dan sekitar Maran.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, operasi terebut dilakukan susulan kekerapan insiden kemalangan maut dalam kalangan penunggang motosikal di lokasi berkenaan.
”Baru-baru ini kemalangan mengorbankan yang melibatkan remaja serta aduan yang diterima dari penduduk setempat mengenai tindakan segelintir golongan remaja yang sering menunggang motorsikal dalam keadaan yang merbahaya dan turut membuat gangguan bising.
”Hasil daripada Ops Samseng jalanan yang dijalankan sejumlah sembilan buah motorsikal telah disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Pesalah disaman dan disita atas kesalahan tiada cukai jalan, tiada lesen memandu dan pelbagai kesalahan lain,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Dalam operasi berkenaan, sejumlah 140 buah motorsikal diperiksa melibatkan 150 orang dan 57 buah motorsikal telah disaman.
Norzamri berkata, semua individu bersama-sama dengan motorsikal yang terlibat telah dibawa balik ke Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Maran untuk tindakan lanjut.
Pada 19 Januari lalu, empat maut manakala seorang lagi parah dalam empat kemalangan berasingan dalam tempoh dua hari di daerah ini.
Pihak polis menerima laporan kes kemalangan maut di empat lokasi berasingan antara 10 malam hingga lapan pagi pada Jumaat dan Sabtu lalu.
Kemalangan pertama berlaku jam 9.50 malam Jumaat lalu membabitkan sebuah motosikal dengan sebuah kereta di KM 83.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.
Manakala kemalangan kedua membabitkan sebuah motosikal dengan treler di KM 45 Jalan Maran- Bandar Tun Abdul Razak Jengka, pada 10 pagi Sabtu. – MalaysiaGazette