Gambar hiasan

ALOR SETAR – Seorang wanita dipercayai lemas ketika sedang menjalani latihan menyelam bersama sebuah syarikat berlesen tempatan di Perairan Pulau Payar, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa yang berusia 43 tahun dari Kajang, Selangor itu meninggal dunia semasa dalam perjalanan dari Jeti Kuala Kedah ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

“Balai Polis Langgar menerima laporan daripada pihak hospital kira-kira pukul 2 petang yang memaklumkan mengenai seorang pesakit telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital setelah disyaki lemas ketika menjalani latihan menyelam.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik HSB untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast