JOHOR BAHRU – Ketua sindiket dan ibunya serta tiga lagi suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan terlibat kegiatan pengedaran dadah melibatkan nilai rampasan RM1.23 juta ringgit pada 10 Januari lalu.
Tertuduh, Wang Chei Wei, 41, manakala ibunya, Ah Yee Hwa,62, dan rakan mereka Chan Siew Han,60, Tay Khai Seng, 34, dan Yup Zu Jin, 28, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hidayatul Shuhada Shansuddin.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, kesemua tertuduh didakwa bersama mengedar dadah berbahaya jenis MDMA dengan anggaran berat kasar RM16,000 dengan jumlah 473 gram dadah.
Selain itu mereka didakwa mengedar dadah jenis kanabis dengan anggaran berat kasar 7760 gram.
Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu disebuag Pangsapuri di Taman Larkin Idaman pukul 5.30 minit pagi.
Kelima-lima tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadag Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan jika disabit kesalahan.
Manakala tertuduh pertama, Chei Wei mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan iaitu memiliki dadah methamphetamine seberat 1.76 gram, nimetazepam 0.58 gram dan kanabis 4.94 gram.
Bagi pertuduhan itu, suspek turut didakwa mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqillah Ahmad Rofaei.
Manakala tertuduh keempat dan kelima yang juga merupakan pasangan suami isteri diwakili peguam, Jihad Shahida Nadia Zakaria dan Nurhazneena Zureen Jaesleen Mohamad Hanafiah.
Mahkamah kemudian menetapkan 23 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan tiada jaminan diberikan. – MalaysiaGazette