KUALA LUMPUR – Amaran hujan berterusan (buruk) diramal berlaku di Terengganu dan Pahang berkuat kuasa sehingga esok.

Kawasan terlibat ialah Terengganu: Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun & Kemaman; dan Kuantan, Pahang.

Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) di Kelantan : Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang & Pasir Puteh; Terengganu: Besut; dan Pahang : Jerantut & Pekan dalam tempoh sama. – MalaysiaGazette