Gambar Hiasan

GEORGE TOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan pemilik syarikat yang disyaki menggunakan dokumen butir matan palsu bagi mendapatkan wang berjumlah RM20,000 untuk pembekalan televisyen di sebuah sekolah kebangsaan di Balik Pulau pada tahun lalu.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia 30 an itu ditahan jam 4.30 petang tadi ketika hadir ke pejabat SPRM Pulau Pinang bagi memberikan keterangan.

“Suspek mendapatkan wang tersebut konon bagi membekalkan enam buah televisyen 65 inci namun sebenarnya hanya empat saja dibekalkan.

“Suspek telah mengemukakan sebut harga dan pembekalan yang mengandungi butir matan palsu kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) salah sebuah sekolah kebangsaan di Balik Pulau.

“Jumlah pembekalan yang tidak dilaksanakan iaitu sebanyak dua unit televisyen adalah sekitar RM5,600,” kata sumber.

Sementara itu, Timbalan Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

“Suspek ditahan untuk rakam keterangan dan akan dilepaskan dengan jaminan dalam tempoh 24 jam.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 18  Akta SPRM 2009,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast