Jenazah Bella atau Mila Sharmilah Samsusah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banag Jay petang tadi.

BATU PAHAT – Jenazah Mila Sharmilah Samsusah atau dikenali Bella selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya, di sini, kira-kira jam 6 petang.

Jenazah tiba di tanah perkuburan kira-kira jam 5.30 petang dari Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Terdahulu, solat jenazah didirikan di kampung halaman Mila Sharmilah Samsusah di Masjid Datuk Bentara.

Suasana di tanah perkuburan kelihatan sayu dengan kehadiran ahli keluarga termasuk dua anak arwah Mila Sharmilah Samsusah  yang berusia dua dan lima tahun.

Kira-kira 200 orang, termasuk kira-kira 50 pelajar tahfiz dari Batu Pahat, berada di tanah perkuburan tersebut.

Pagi tadi, seorang bekas posmen dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, yang didakwa membunuh ibu tunggal berusia 32 itu pada akhir tahun lalu.

Tertuduh, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, yang juga teman lelaki Bella hanya mengangkuk faham sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norasidah A. Rahman. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast