MOSCOW – Rusia menuduh Ukraine menembak jatuh pesawat pengangkut, Ilyushin, Il-76, yang membawa tahanan perang Ukraine.
Kementerian Pertahanan Rusia berkata, kemudahan radar angkatan aeroangkasa Rusia merekodkan pelancaran dua peluru berpandu Ukraine.
“Pesawat tersebut diserang tentera Ukraine dari Liptsy, wilayah Kharkov dengan menggunakan sistem peluru berpandu anti pesawat.
“Radar tentera Rusia memerhatikan pelancaran dua peluru berpandu Ukraine,” katanya.
Kementerian tersebut berkata, pesawat itu ditembak jatuh pada jam 11.15 pagi ketika dalam penerbangan dari Chkalovsky ke Belgorod dengan membawa banduan perang Ukraine untuk pertukaran.
“Rejim Nazi Kiev mengambil langkah ini dalam usaha menyalahkan Rusia kerana kematian tentera Ukraine,” menurut satu kenyataan.
Pesawat tersebut membawa 65 tahan perang Ukraine untuk pertukaran dan tiga anggota tentera Rusia yang mengiringi mereka.
Kesemua mereka terkorban, kata kementerian tersebut.
“Kru dan semua penumpang pesawat terbunuh. Pemimpin Ukraine tahu bahawa, menurut amalan yang dilaksanakan, hari ini anggota tentera Ukraine akan diterbangkan oleh pesawat pengangkut tentera ke Belgorod untuk pertukaran,” menurut kenyataan itui.
Menurut perjanjian yang dicapai sebelum ini, pertukaran akan dilakukan pada tengah hari di pusat pemeriksaan Kolotilovka di sempadan Rusia-Ukraine.
“Rejim Kiev mengambil langkah ini dengan sasaran menyalahkan Rusia kerana kematian tentera Ukraine,” katanya. – Agensi