Pulau Batu Puteh yang pernah menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura.

KUALA LUMPUR – Tan Sri Shahrir Samad menyambut baik persetujuan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Veteran UMNO itu berkata, walaupun negara dan Johor kehilangan Batu Puteh buat selama-lamanya tetapi mencari berita sebenar di sebalik keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad itu akan menunjukkan semangat dan jiwa sebenar bekas perdana menteri itu.

“Apa sebenarnya yang buatkan Tun Mahathir tarik balik rayuan Malaysia di ICJ (Mahkamah Keadilan Antarabangsa)? Benci sangat ke Tun Mahathir terhadap Johor? Takkanlah sampai sanggup batalkan peluang terakhir untuk mendapat balik Batu Puteh?

“Tak de Jemaah Menteri ketika itu. Tak de Peguam Negara juga,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tambahnya, kalaupun bukan kesilapan Dr Mahathir, RCI ini boleh membersihkan nama beliau juga.

Menurut Shahrir, RCI ini adalah kedua melibatkan Dr Mahathir, yang lagi satu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kena tengok balik kerana yang satu lagi macam tiada. – MalaysiaGazette