KUALA LUMPUR – Polis melanjutkan tempoh reman selama empat hari sehingga esok terhadap lelaki yang ditahan kerana menjual video lucahnya melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita menerusi media sosial pada 18 Januari lalu.
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam satu kenyataan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek yang juga warga tempatan berusia 31 tahun itu.
Katanya, tempoh reman terhadap dua wanita yang ditahan bersama suspek utama turut dilanjutkan empat hari sehingga esok.
“Siasatan masih diteruskan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat setelah siasatan dilengkapkan,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki tempatan ditahan di Janda Baik, Pahang kerana menjalankan aktiviti menjual video lucahnya melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita pelbagai bangsa menerusi laman sosialnya.
Suspek berusia 31 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sebuah rumah di lokasi berkenaan.
Dalam serbuan sama, polis menahan dua teman wanitanya berusia 23 dan 27 tahun di rumah yang turut didiami oleh bapa lelaki terbabit. – MalaysiaGazette