Kenneth Eugene Smith

WASHINGTON – Alabama melaksanakan hukuman mati dengan menggunakan gas nitrogen ke atas Kenneth Eugene Smith kerana membunuh isterinya.

Human itu adalah kali pertama digunakan secara global.

Smith, 58, gagal dalam dua rayuan terakhir kepada mahkamah agung dan satu kepada mahkamah rayuan persekutuan, dengan alasan pelaksanaan itu adalah hukuman yang kejam dan luar biasa.

Pada tahun 2022, Alabama mencuba dan gagal melaksanakan suntikan maut ke atas Smith.

Dia telah disabitkan hukuman pada tahun 1989 kerana membunuh isteri seorang mubaligh, Elizabeth Sennett.

Menurut Pusat Maklumat Hukuman Mati, Smith ialah orang pertama yang dibunuh menggunakan gas nitrogen tulen di dunia.

Seorang wartawan yang menyaksikan hukuman mati itu berkata proses itu mengambil masa kira-kira 25 minit secara keseluruhan.

Alabama dan dua negeri lain di Amerika Syarikat meluluskan penggunaan nitrogen hypoxia sebagai kaedah pelaksanaan alternatif kerana ubat-ubatan yang digunakan dalam suntikan maut semakin sukar ditemui.

“Malam ini Alabama telah mengambil langkah kebelakang. Terima kasih kerana menyokong saya, sayang anda,” kata Smith menurut seorang saksi.

Smith dikatakan sempat menunjukkan bahasa tangan ‘Saya sayang kamu’ kepada keluarganya sambil tersenyum selepas gas dialirkan ke dalam pelitup hidung.

Bernafas dengan nitrogen tanpa oksigen menyebabkan sel-sel dalam badan rosak dan membawa kepada kematian.

Gabenor Alabama Kay Ivey, yang tidak menjawab jemputan untuk menghadiri hukuman mati, mengesahkan kematian Smith dalam satu kenyataan.

“Saya berharap agar keluarga Elizabeth Sennett dapat menerima penutupan kes ini selepas bertahun-tahun berdepan dengan kehilangan besar itu,” kata Ivey.

Peguam Negara, Steve Marshall yang mengulas hukuman tersebut berkata: “Keadilan telah dilaksanakan”. – Agensi