Perdana Menteri, menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Istana Negara, Kuala Lumpur,

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di atas pelantikannya sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Menerusi hantaran di Facebook, perdana menteri mendoakan semoga Wan Junaidi khidmat dan pengalaman panjang beliau dihargai dan dimanfaatkan terutama oleh rakyat Sarawak.

Anwar turut hadir pada istiadat pengurniaan surat cara pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Istana Negara yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi. – MalaysiaGazette