Adnan Mat
Adnan Mat

KUALA NERUS – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.

Presidennya Datuk Adnan Mat berkata CUEPACS berpendirian sistem persaraan yang ada pada ketika ini merupakan yang terbaik serta bersesuaian dengan kedudukan gaji penjawat awam bagi mereka meneruskan kehidupan di hari tua nanti.

“Jika kerajaan ingin membuat suatu keputusan dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) termasuk memansuhkan sistem pencen ini, kerajaan perlu meningkatkan gaji yang lebih besar supaya kami mampu untuk mencarum (dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan mampu berbelanja serta menyimpan untuk hari tua,” katanya kepada pemberita pada Majlis Solidariti Cuepacs Zon Timur Bersama Presiden CCUEPACS  di sini malam semalam.

Adnan berkata, gaji yang diterima penjawat awam kini disifatkannya “cukup-cukup makan” sehingga ada penjawat awam tidak mampu memiliki rumah sendiri dan sistem pencen sedia ada merupakan kemudahan buat mereka meneruskan kehidupan selepas persaraan.

Beliau berkata, keputusan pemansuhan pemberian pencen juga dikhuatiri akan membawa “kesuraman” kepada perkhidmatan awam pada masa akan datang.

Dalam pada itu beliau sekali lagi menyeru kerajaan supaya segera menaikkan gaji penjawat awam tanpa perlu menunggu pelaksanaan SSPA  yang mungkin siap penghujung tahun ini berikutan situasi kenaikan kos sara hidup dan harga barangan ketika ini. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Kalau tgk bajet 2024, peruntukan untuk bayar pencen cuma 7% saja daripada perbelanjaan kerajaan sebanyak RM395.8 billion. Dari jumlah bajet itu, 77% ialah belanja mengurus iaitu lebih 300 bilion ringgit. So patutnya kerajaan tgk balik kos belanja mengurus tu terutama perbelanjaan membazir dan tak ada manfaat kpd rakyat. Cthnya kenapa perlu ada 2 Timbalan PM? Kenapa perlu ada 2 Menteri Kewangan? Kenapa perlu ada jaw spt Menteri Ekonomi padahal tu tangggungjawab Menteri Kewangan..kenapa plak ada jawatan Menteri Digital padahal Komunikasi Digital ialah sebagai daripada satu bentuk komunikasi? Ni semua jawatan diwujudkan utk tujuan politik dan tak ada manfaat kpd rakyat. Pembaziran ini yg patut dinilai oleh kerajaan disamping meningkatkan dana KWAP yg merundum selepas PRU dimana kerajaan ambil duit KWAP buat belanja tp tak ganti balik! Malah tak ada usaha nak tingkatkan dana KWAP..Ni apa punya otak laaa..justifikasi tak masuk akal langsung…

Comments are closed.