Datuk Allaudeen Abdul Majid.

KUALA LUMPUR – Seramai 1,463 pegawai dan anggota polis kontinjen Kuala Lumpur terlibat dalam penugasan kawalan keselamatan istiadat keberangkatan balik Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Bilah Shah dan Keberangkatan Tiba YDPA Ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ke Istana Negara esok dan Rabu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, istiadat keberangkatan tiba Sultan Ibrahim akan diadakan di Istana Negara dan baginda akan tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang pada pagi Rabu ini.

“Sejurus sampai di sana (TUDM Subang) pergerakan menderaan baginda akan terus bergerak ke Istana Negara. Bagi tujuan itu, penutupan jalan secara berperingkat akan dilaksanakan di ibu negara,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Allaudeen, sebanyak tiga laluan utama iaitu Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Jalan Sultan Abdul Halim di ibu negara akan ditutup.

Tambah beliau, Jalan Kuching, Jalan Tun Razak, Jalan Damansara dan Jalan Travers akan ditutup sementara dan dibuka semula secara berperingkat bermula jam 9.30 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast