Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bersama isterinya Toh Puan Naimah Khalid bersama dua anaknya Muhammed Amir dan Muhammed Amin hadir ke mahkamah untuk didakwa berhubung gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 29 JANUARI 2024.

KUALA LUMPUR – Tun Daim Zainuddin mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen, di sini, atas kesalahan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan harta.

Bekas Menteri kewangan itu berdepan dengan kesalahan mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang juga kesalahan berkaitan dengan pendedahan aset.

Beliau yang kelihatan tidak begitu sihat dengan berkerusi roda.

Jurubahasa terpaksa beberapa kali bertanya adakah beliau faham pertuduhan, kedengaran suara yang begitu perlahan selain tanda anggukan faham daripada Daim.

Malah Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi bertanya beberapa kali jika Daim faham dengan pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Difahamkan melalui peguam Daim, tahap kesihatan beliau agak merosot dengan pembedahan pemindahan pinggang, strok beberapa kali selain sudah kehilangan salah satu matanya selepas jangkitan kuman.

Pada Rabu lalu, SPRM mengesahkan sudah mendapat kebenaran untuk mendakwa Daim yang memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan daripada 1984 sehingga 1991, namun ia terpaksa ditangguh atas masalah kesihatan. – MalaysiaGazett