Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain.

KLANG – Daerah Klang menjadi destinasi pertama lawatan kerja Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada tahun ini.

Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, meskipun kadar jenayah meningkat di seluruh negara termasuk juga daerah Klang.

“Saya pilih Klang sebagai lawatan pertama saya tahun ini sebab indeks atau jenayah seluruh negara semakin meningkat.

“Bukan Klang sahaja (jenayah meningkat) tapi apabila dikatakan Klang sebuah daerah seperti Colombia, ia menyedihkan saya,” katanya pada Sesi Towh Hall Kesejahteraan Komuniti Kemakmuran Bersama di Persatuan Hokkien Klang, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Hadir sama Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali; Ahli Parlimen Klang, V. Ganabatirau; Adun Pelabuhan Klang, Azmizam Zamanhuri dan Adun Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Dalam pada itu, Mohd Shuhaily berkata, walaupun penduduk Daerah Klang mencecah 1.2 juta orang, namun ia bukan alasan kepada pihaknya untuk menjaga kesejahteraan rakyat.

“Saya lebih dengar keluhan masyarakat, dahulu Klang Selatan dan Klang Utara adalah satu daerah.

“Tapi jumlah penduduk mencecah lebih 900,000 orang tak masuk floating population. Penduduk Klang boleh cecah 1.2 juta orang.

“Sedangkan kekuatan IPD Klang Utara 671 orang, Klang Selatan 849 orang

“Itu bukan satu alasan saya gunakan untuk katakan bahawa kami kekurangan segala sudut, tapi tak boleh jadi satu alasan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. POLIS boleh cuci bila2 masa saja “COLOMBIA” KLANG atau mana2 tempat kongsi gelap,dadah sebagainya tu,tapi percayalah,pasti ada campurtangan politik,NGO2 KEPARAT LIBERAL/SEKULAR juga …………. (hati2 mau sebut zaman kerajaan skang,mudah koyak,nanti repot)..
    Rakyat marhaen di bawah pasti sokong PDRM 100% untuk cuci semua bangsat2 tu,tapi faham2 lah,akan ada pemgaruh lain akan kacau keje polis,fitnah polis…
    SALUTED DS Mohd Suhaily

Comments are closed.