Lebih 2,500 pemilik basikal lipat memeriahkan Himpunan Mega Basikal Lipat Kebangsaan (HMBLK) 2023 baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Lebih 2,500 pemilik basikal lipat memeriahkan Himpunan Mega Basikal Lipat Kebangsaan (HMBLK) 2023 bagi menggalakkan aktiviti sihat dan merapatkan hubungan sesama ahli kelab itu dari seluruh negara.

Pengurus Acara HMBLK 2.0, Nasir Deraman berkata, penganjuran kali kedua yang diadakan di Sunway Big Box, Iskandar Puteri, Johor itu turut melibatkan penyertaaan negara jiran.

“Himpunan Mega Basikal Lipat Kebangsaan adalah sebuah acara yang menghimpunkan semua pemilik basikal lipat dari seluruh negara selain dari negara jiran.

“Ia secara tidak langsung dapat menggalakkan aktivit sihat dan memperkenalkan beberapa kawasan pelancongan yang terdapat di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Aktiviti itu mendapat kerjasama dan sokongan Tourism Malaysia, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sunway Big Box.

Program diadakan dengan kerjasama Kelab basikal The Lipatist (Johor) sebagai penganjur bersama HMBLK 2.0.

Sementara itu, Nasir berkata, penganjuran program tersebut diadakan dengan kerjasama Kelab basikal The Lipatist (Johor) sebagai penganjur bersama HMBLK 2.0.

“Kerjasama seperti ini amat penting untuk memastikan segala perancangan dan pengurusan lebih teratur. Gabungan beberapa kelab lain juga turut terlibat sebagai pasukan bersama penganjuran kali ini antaranya Underground Foldies Kuala Lumpur (UFKL), Gang Satunam, LOCO Cyclist, Klang Foldies dan Kami Budak Lipat (KBL).

“Kesemua kelab ini memainkan peranan masing-masing bagi memastikan acara ini terlaksana dan lancar dan berjaya. Dalam acara ini juga terdapat hadiah cabutan bertuah untuk peserta berdaftar bernilai hampir RM50,000. Pada pandangan peribadi saya ini adalah acara paling besar bagi pemilik basikal lipat,” jelasnya.

Dalam pada itu. Nasir berkata, pihak penganjur merancang menganjurkan acara HMBLK 3.0 di negeri lain pula pada 2024.

“Kemungkinan acara ini akan diadakan di Pahang pada September atau Oktober ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast