KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meninggalkan Istana Negara menerusi Istiadat Keberangkatan Balik sempena tamat tempoh pemerintahan dengan penuh simbolik pagi ini.

Baginda sempat melambai ketika berangkat keluar istana.

Al-Sultan Abdullah dan Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijangka berkenan ke Padang Merbok kemudian ke Dataran Parlimen bagi acara Lambaian Kasih.

Acara Lambaian Kasih itu diadakan di sepanjang laluan Jalan Parlimen sehingga arah Bulatan Dato Onn.

Orang ramai mula berkumpul seawal 7 pagi pada Acara Lambaian Kasih sempena keberangkatan Balik Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Pahang ketika di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 30 JANUARI 2024

Pasangan diraja itu kemudian dijadual ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang untuk berangkat pulang ke Pahang bersemayam di Istana Abu Bakar. -MalaysiaGazette