JOHOR BAHRU – Seorang bekas pengerusi sebuah rancangan Felda mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas 15 pertuduhan memalsukan 15 cek milik koperasi peneroka Felda Selancar 3, Pahang bernilai RM34,450, lima tahun lalu.
Tertuduh, Saad Rajali, 66, membuat pengakuan itu sejurus semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang ketika itu memegang jawatan terbabit didakwa tidak jujur menggunakan cek milik Koperasi Peneroka Felda Selancar 3 Pahang Berhad atas nama lapan peneroka berlainan yang mana adalah palsu.
Kesalahan itu dilakukan di sebuab bank di Segamat dengan nilai RM600 sehingga RM5,000 bermula pada 27 September 2019 hingga Oktober 2021.P
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukun dibawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau dengan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raha, Rifah Izzati Abdul Mutalif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan RM14,000 sebagai jaminan terhadap tertuduh dan perlu melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Segamat.
Mahkamah turut menetapkan 25 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.- MalaysiaGazettE