Wisma Putra
Bangunan Wisma Putra di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Seorang anak kapal yang menjadi mangsa dalam insiden kapal dagang tenggelam di kawasan perairan Pulau Con Dao, Vietnam semalam berjaya diselamatkan.

Kementerian Luar Negeri berkata, kejadian yang berlaku itu membabitkan kapal dagang SAMUDRA INDAH II yang merupakan milik Malaysia.

”Anak kapal pula berada dalam keadaan selamat dan diberikan rawatan lanjut oleh pihak berkuasa Pulau Con Dao.

”Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut serta menghulurkan bantuan konsular sewajarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kapal itu tenggelam di kedudukan 90 batu nautika dari bandar Vung Tau di wilayah Ba Ria-Vung Tau di kawasan perairan Pulau Con Dao.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City di No109 Nguyen Van Huong Thao Dien Ward, Thu Duc City Ho Chi Minh City, Republik Sosialis Vietnam.

Beliau juga boleh dihubungi melalui talian +84 (0) 28-3829 9023 atau +84 (0) 76 564 9660 (untuk kecemasan) atau melalui emel [email protected]. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast