Anggota JIM melakukan pemeriksaam terhadap salah seorang pengemis warga asing dalm operasi khas yang dilakukan mereka petang semalam.

ISKANDAR PUTERI – Tujuh pengemis warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam satu Op Bersama di sekitar kawasan pasar malam Gelang Patah, petang semalam.

Pengarahnya, Baharuddin Tahir berkata, operasi jam 6.30 petang itu dijalankan Bahagian Penguatkuasaan agensi tersebut bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Tindakan diambil susulan aduan awam berhubung kegiatan dan kewujudan pengemis serta pengutip derma warga asing di kawasan tersebut.

Pengutip derma warga asing itu ditahan menggunakan alasan membiayai sekolah tahfiz atau institusi keagamaan untuk meraih simpati.

Manakala pengemis yang ditahan terdiri daripada mereka yang cacat anggota badan.

Menurut anggota JIM, hasil pemeriksaan pihaknya pengutip sedekah warga asing ini boleh meraih pendapatan ribuan ringgit sehari dengan memperdaya orang awam dilokasi yang diduki mereka.

“Ada dalam kalangan mereka yang meraih pendapatan sehingga RM300 sehari atau RM10,000 sebulan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kesemua ditahan terdiri daripada warga Kemboja, Thailand dan Indonesia berusia lingkungan 34 hingga 63 tahun, ujarnya.

Menurut Baharuddin, m ereka yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki warga Kemboja dan dua lelaki warga Thailand.

Selain itu, tambah beliau, seorang lelaki dan wanita warga Indonesia turut ditahan ketika anggota Imigresen melakukan pemeriksaan di sekitar gerai berkenaan.

“Kesemua ditahan itu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit.

“JIM akan mempergiatkan lagi semua operasi tanpa kompromi,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast