lohes (kanan)dan Sivanathan mengaku bersalah atas tuduhan melakukan kekecohan dan bergaduh sehingga mengganggu ketenteraman awam di sebuah restoran di Taman Impian Emas, Skudai, dalam kejadian minggu lalu.

JOHOR BAHRU – Dua individu  mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melakukan kekecohan dan bergaduh sehingga mengganggu ketenteraman awam di sebuah restoran di Skudai pada minggu lalu.

Kejadian pukul 11.50 malam itu berlaku di sebuah restoran di Jalan Impian Emas, Taman Impian Emas.

Tertuduh, S. lohes, 38, dan K. Sivanathan, 40, membuat keputusan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua lelaki itu melakukan gaduh gempar atau dengan melakukan kekecohan sehingga mengganggu ketenteraman awam.

Tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau  denda yang boleh sampai RM1,000 atau dengan kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqillah Ahmad Rofaie manakala tertuduh, Sivanathan diwakili Amarpreet Singh Rajwinder Singh dan Lohes tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan tertuduh didenda sebanyak RM500.

Minggu lalu, tular video berdurasi 45 saat di media sosial  memaparkan insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang menyerang beberapa individu di sebuah restoran.

Dalam video  itu, kelihatan beberapa lelaki bersenjatakan parang menetak individu di dalam kedai makan itu sebelum meninggalkan premis tersebut.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast