Abdul Hadi bersama Muhyiddin.

KUALA LUMPUR – Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal sepakat dalam Perikatan Nasional (PN).

Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, tidak ada pertelingkahan di antara kedua-dua pemimpin parti berkenaan.

Malah perang antara Muhyiddin drngan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin juga tidak benar.

“Hubungan mereka sangat baik dan mereka akan menjadi pembangkang lebih baik lepas ini. Di luar juga menyatakan ada hubungan  tidak baik antara Muhyiddin dan Hamzah dalam Bersatu dan Perikatan Nasional tidak ada langsung perbalahan antara mereka,” katanya menerusi kenyataan.

Sehubungan itu Syed Muhammad Imran juga menyangkal dakwaan yang dilaporkan portal berita baru-baru ini.

Sebaliknya beliau berkata, PN kini  gabungan yang semakin kuat dan akan terus memainkan peranan membela agama dan bangsa khususnya orang Melayu.

“Sepatutnya sumber portal berkenaan tidak tepat dan tidak betul. PN adalah satu parti yang paling dominan untuk orang Melayu. Cerita di luar sememangnya tidak betul.

“Kesimpulannya PN akan bertambah kuat dalam membela agama dan bangsa khususnya orang Melayu dan doakan negara di bawah kepimpinan PM fokus ekonomi negara

“Cukuplah berbalah antara mana-mana  pemimpin politik,” katanya lagi.

Muhammad Imran berkata, tekanan daripada kerajaan hanya akan menguatkan lagi PN.

“Parti PN ini jika ditekan oleh pihak kerajaan, lagi membuatkan parti itu mendapat kepercayaan majoriti dan bukan Melayu kerana mereka tahu ini merupakan satu dendam kesumat politik,” tambahnya.

Terdahulu dilaporkan, Ahli Parlimen Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendakwa Bersatu kini berpecah kepada dua kem iaitu puak menyokong Presiden dan Setiausaha Agung .- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Biasalah dalam politik, percaturan amat sukar lebih2 lagi hala tuju parti masing tidak sekata dan sudah tentu

Comments are closed.