Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Kolokium Ekonomi Bumiputera terpaksa ditangguhkan hari ini oleh UMNO kerana mendakwa presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bimbang akan dihentam oleh akar umbi berhubung keputusan pengampunan Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil turut mempersoalkan tindakan Zahid yang baru hendak memanggil mesyuarat UMNO berkenaan keputusan Lembaga Pengampunan ini sedangkan mendakwa Presiden UMNO itu tentu sudah tahu keputusan tersebut kerana ia sudah diputuskan selama berhari-hari.

Malah, Isham mengagak besar kemungkinan sebelum itu lagi kerajaan telah membuat cadangan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Lembaga Pengampunan diadakan.

“Jika dia ingin perjuangkan dan tuntut pengampunan untuk DS Najib sebagai rekomendasi kerajaan kepada Lembaga Pengampunan, Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri boleh buat secara terbuka sebelum lembaga bersidang bukan selepas itu.

“Lepas mesyuarat UMNO yang Zahid panggil pagi ini kita lihat apa wayang dia dan apa lagi dia nak tipu akar umbi UMNO berkenaan pengampunan DS Najib.

“Mungkin dia akan berlakon sebak dan nangis-nangis lagi untuk tagih simpati supaya akar umbi dan penyokong-penyokong Najib tidak hentam dia. Atau dia akan salahkan pihak lain.

“Zahid, kamu sudah banyak berjanji sama seperti guru kamu Anwar. Terus terang sahaja berapa lama kamu dan Anwar ingin kurung Najib dalam penjara?,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Anwar Ibrahim PM baharu dan tiada pengalaman urus Lembaga Pengampunan. Biarlah dia jadi PM 4 – 5 penggal dan setelah itu pasti dia ada Aura seperti Mahathir boleh melepaskan penjenayah. Najib dah beruntung sangat dah dapat diskaun penjara dan denda, penjenayah lain mana ada dapat keistimewaan itu?
    Anwar yang TIADA PENGALAMAN itu pasti berpeluh-peluh dan berhujah berat untuk “KELUARKAN” Najib Razak tapi segala keputusan dibuat YDPA.
    Mungkin selepas PRU16 mereka-mereka yang ada ini pula perlu berharap pada PM terkini dan boleh menunjukajar cara-cara membebaskan.mereka. Kita tunggu walaupun tidak matang tempoh PMX yang ada.
    Zahid Hamidi perlu siapsiaga bawa towels ya…

Comments are closed.