Pasukan penyiasat sedang melakukan siasatan di lokasi serangan pisau di stesen kereta api Paris. Foto

PARIS – Tiga orang cedera dalam serangan pisau di stesen kereta api utama di Paris, kata polis.

Seorang mengalami luka parah di perut dalam kejadian di Gare de Lyon pada pagi Sabtu.

Seorang suspek telah ditahan.

Polis berkata, suspek adalah warga Mali yang mempunyai lesen memandu Itali.

Terdapat beberapa serangan pisau di Paris sejak kebelakangan ini.

Pada Disember, seorang pelancong terbunuh dan dua lagi cedera berhampiran Menara Eiffel.

Pada Januari tahun lalu, enam orang cedera selepas ditikam di Gare du Nord di ibu negara. – Agensi