KLANG – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain sedia disiasat dan diambil tindakan sekirnya beliau melakukan kesalahan.

Beliau berkata, melaporkan salah laku pegawai dan anggota polis merupakan tanggungjawab masyarakat dan ia penting untuk memastikan pasukan keselamatan itu sentiasa dipercayai penduduk negara ini.

“Lapor segera tanpa takut sekiranya terdapat mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh anggota dan pegawai PDRM, jika saya juga buat salah, buat laporan kerana saya juga sedia disiasat,” katanya selepas program Walkabout Pencegahan Jenayah Bersama Masyarakat di Pasar Pagi Pandamaran, di sini, hari ini.

Menuut Razarudin, orang ramai tidak perlu bimbang untuk membuat aduan kerana hak mereka dijamin dan laporan yang diterima akan disiasat secara telus dan segera.

Sementara itu, beliau memberitahu, tahap gaji merupakan antara faktor yang menyumbang kepada pegawai dan anggota polis terpalit dengan salah laku dan rasuah.
Kata, ia merupakan isu yang perlu diteliti dan ditangani dengan langkah penyelesaian untuk memastikan pegawai dan anggota berpangkat rendah pasukan keselamatan itu terus berintegriti.
“Kita punya gaji rendah, itu memang salah satu faktor kalau berbanding Singapura yang membayar gaji tinggi kepada polis mereka sehingga tiada masalah rasuah dalam institusi itu.
“Itu ikut negara republik itu memandangkan ia negara kecil, tapi negara kita mempunyai 137,000 tahun ini sahaja akan masuk 4,000 lagi anggota, sekali gus akan bilangannya akan bertambah yang menjadikan keseluruhan 141,000 orang.
“Jika seorang konstabel mengambil gaji asas RM1,441 dengan ditambah elaun menjadikan RM2,500 pendapatan sebulan dan sekiranya dia bertugas di ibu negara maka dia tergolong dalam miskin bandar dan jika dia duduk di Kuala Nerang, Besut, Kinabatangan atau Beluran, maka itu gaji besar untuk dia,” katanya.
Menurut Razarudin, pihaknya telah membawa isu gaji polis untuk pertimbangan kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast