Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Sindiran Tony Pua memperlekehkan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap pengurangan hukuman penjara dan denda yang dikenakan kepada Datuk Seri Mohd Najib adalah biadap.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menyifatkankkan tindakan tersebut sebagai menghina sistem perundangan negara berkata, Ahli Parlimen Damansara itu cuba meraih publisiti murahan.

“Saya dan seluruh ahli UMNO bersedih dan terkesan dengan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap permohonan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak.

“Bagaimanapun kita tetap menghormati keputusan tersebut meskipun hasrat untuk melihat bekas Perdana Menteri itu mendapat pengampunan penuh tidak menjadi kenyataan,” katanya menerusi hantara di laman Facebook miniknya, hari ini.

Sebelum ini, Lembaga Pengampunan memutuskan untuk memberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta yang dikenakan kepada bekas Presdien UMNO itu.

Najib dihukum penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International.

Pada Jumaat lalu, Tony menyindir keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berhubung pengurangan hukuman Najib yang juga bekas presiden UMNO.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Tony dilihat menzahirkan rasa tidak puas hatinya menerusi sebaris ayat.

“Bolehkah seseorang menghantar saya ke penjara selama setahun dan sebagai pertukaran, membayar saya RM50 juta, tolong cantik?,” tulisnya.

Berikutan itu, Wan Rosdy mendesak Tony memohon maaf dan memadam memadam semua hantarannya itu atau tindakan undang-undang boleh dikenakan. – MalaysiaGazette