TASEK GELUGOR – Bilik darjah di Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi di Jalan Merbau Kudong di sini musnah dalam kebakaran hari ini.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa mahu pun kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut susulan kesemua murid kelas tersebut mengikuti satu program yang diadakan di dewan sekolah.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 8.06 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor bergegas ke lokasi.
“Ketika pasukan bomba tiba di lokasi kita dapati kebakaran melibatkan struktur bangunan bilik darjah dengan anggaran keluasan 20 x 20 kps.
“Kebakaran melibatkan peralatan meja dan kerusi dan anggaran peratusan kemusnahan sebanyak 10 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, pasukan forensik kebakaran sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. – MalaysiaGazette