Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan bercakap kepada media selepas Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Advokasi Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2024 di Plaza Tol Bukit Puchong Selatan, Puchong, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 05 FEBRUARI 2024.

PUCHONG – Seramai 575 anggota lain-lain pangkat (LLP) unit kereta peronda (MPV) dan unit rondaan bermotosikal (URB) di seluruh daerah di Selangor ditukarkan berkuat kuasa hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, arahan pertukaran itu membabitkan pegawai rendah polis berpangkat sarjan ke bawah.

“Mereka ini adalah yang terbabit dalam penugasan di hadapan dan sudah berada di unit berkaitan selama enam tahun.

“Ini adalah antara usaha bagi memastikan anggota ini tidak melaksanakan satu rutin dan bagi memberi peluang merasakan penugasan di unit lain selain mencegah elemen-elemen negatif dalam pasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang selepas merasmikan Kempen dan Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina 2024 di di Plaza Tol Bukit Puchong Selatan, Lebuhraya Damansara Puchong di sini hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan bercakap kepada media selepas Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Advokasi Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2024 di Plaza Tol Bukit Puchong Selatan, Puchong, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 05 FEBRUARI 2024.

Mengenai Op Aman Khas yang menumpukan daerah Klang baru-baru ini, Hussein berkata, operasi dijalankan untuk mengurangkan kadar jenayah di Selangor dan akan turut dilakukan di daerah lain.

“Dalam operasi itu polis menahan 1,184 individu atas pelbagai kesalahan dan kita percaya jika kita menjalankan operasi seperti ini lama kelamaan kadar jenayah akan menurun.

“Op Aman Khas ini adalah lebih fokus dan spesifik berbanding operasi biasa yang dijalankan dan operasi ini akan diteruskan di daerah lain juga,” katanya. – MalaysiaGazette

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Advokasi Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2024 di Plaza Tol Bukit Puchong Selatan, Puchong, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 05 FEBRUARI 2024.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast