KUALA LUMPUR – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Selangor menafikan membuat sebarang tawaran kontrak kerja, pembekalan atau apa-apa yang berkaitan dengan kaedah tidak betul.

Malah, APM Selangor juga tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat sebagai wakil jabatan bagi menguruskan kerja.

“Sekiranya terdapat sebarang dokumen yang mencurigakan atau mengelirukan berkaitan APM Negeri Selangor atau mana-mana Pejabat Daedah APM di dalam negeri Selangor, orang ramai diminta melaporkan di talian 03-33410506 atau terus menghubungi Kapten (PA) Mohamad Saufee Akmal 013-2915749,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan terdapat pemalsuan dokumen menggunakan logo, alamat dan APM Daerah Kuala Selangor dan nama pengarah APM Negeri Selangor berkaitan kontrak pembekalan dan kerja. – MalaysiaGazette