KUALA LUMPUR – Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)telah mengesan bau abnormal di Sungai Buah dan Sungai Semenyih pada jam 8.30 malam tadi.
Susulan itu ia segera mengaktifkan tindakan siasatan dan mitigasi menyeluruh berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air.
Pemantauan bau oleh LUAS telah ditingkatkan kepada setiap 30 minit dan bacaan terkini di Sg. Semenyih mencatatkan 1 ton.
“Pasukan LUAS juga telah digerakkan untuk carian serta pengesanan punca.
“Di dalam masa yang sama, LUAS juga berhubung dengan pihak Negeri Sembilan untuk semakan di kawasan Negeri Sembilan lokasi-lokasi yang berkaitan,” katanya dalam hantaran di Facebook. – MalaysiaGazette