Onn Hafiz Ghazi

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Rozi Mamat masing-masing dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa BN Johor dan Terengganu.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam kenyataan memaklumkan perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN hari ini.

Pada 7 Dis lepas, Onn Hafiz dan Rozi masing-masing dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor dan Terengganu.

Pada masa sama, Zambry berkata Dewan Tertinggi gabungan politik itu juga bersetuju sebuah jawatankuasa khas dibentuk bagi menyelaras semua program sempena Ulang Tahun Jubli Emas BN yang bakal disambut pada Jun ini.

Beliau berkata BN turut merafak sembah tahniah kepada Sultan Ibrahim yang dimasyhur sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas.

“Semoga pemerintahan Kebawah Duli Tuanku akan membawa Malaysia ke arah (masa depan yang lebih) makmur dan sejahtera.

“BN turut menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullan Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16,” katanya.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast