Wan Rosdy berkesempatan memandu uji kereta elektrronik model terbaharu dari Cherry dikenani Odomo E5 di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Kerajaan Pahang akan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada kira-kira 8,000 orang penjawat awam pada 20 Februari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia membabitkan pembayaran secara one-off sebanyak sebulan setengah dengan bayaran minimum sebanyak RM2,000 kepada setiap akaun penerima.

“Ia seperti mana yang telah diumumkan pada Pembentangan Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2024 pada 4 Disember 2023 yang lalu.

“Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan di mana jumlah keseluruhan peruntukan bagi membabitkan RM39.6 juta,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bermesyuarat pada hari ini.

Dengan pemberian sumbangan itu, Wan Rosdy berharap agar penjawat awam di negeri itu akan lebih bersemangat untuk melaksanakan setiap tugas yang telah diamanahkan, seterusnya memastikan pengurusan Kerajaan Negeri Pahang menjadi lebih dinamik, mampan serta berdaya saing. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast