Gambar : Ihsan PDRM Temerloh

KUANTAN – Seorang pekerja kedai besi buruk maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang membuat pusingan U di garisan berkembar di KM127 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mazlan Hassan berkata, dalam kejadian jam 6 petang itu membabitkan sebuah motosikal jenis Honda FS150F ditunggang seorang remaja lelaki dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki warga emas.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila penunggang motosikal yang datang dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan itu melanggar kereta Myvi terbabit yang membuat pusingan U di kawasan garisan berkembar di lokasi kejadian,”katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Akibat rempuhan itu, katanya, remaja tersebut mengalami kecederaan di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi oleh Pegawai Perubatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast