SEBAGAI seorang pensyarah di sebuah universiti di utara Semenanjung, saya rasa paling bersyukur kerana mempunyai waktu ruang yang sangat banyak.
Saya hanya perlu hadir ke universiti hanya untuk clock-in dan boleh menghilang diri ke mana sahaja, jika tiada kelas untuk mengajar kerana universiti membenarkan untuk tidak perlu clock-out.
Paling banyak diperuntukkan untuk mengajar hanya dua atau tiga kelas sahaja seminggu, bermakna hanya perlu berada dalam kampus sekitar sembilan jam sahaja.
Berbanding di tempat saya bekerja sebelum ini di sebuah syarikat swasta yang memerlukan lebih lapan jam berada di pejabat, bekerja sebagai pensyarah saya boleh melakukan aktiviti lain atau berada di kedai kopi untuk melepak.
Menariknya saya boleh clock-in jam 10 pagi atau jam 3 petang untuk menunjukkan saya bekerja pada hari itu dan balik seperti orang lain pada jam 5 petang atau boleh balik jam 1 tengah hari jika clock-in awal.
Mana ada pekerjaan lain sebagai kakitangan kerajaan yang semewah masa lapang sebagai seorang pensyarah?
Cuba perhatikan di kedai makan sekitar 9 pagi atau 11 pagi di sekitar luar universiti, semuanya terdiri daripada pensyarah.
Walaupun saya sebagai seorang bekas pekerja swasta dan menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah menggunakan duit sendiri, kebanyakan rakan-rakan saya dibiayai oleh kerajaan untuk menyambung Ph.D.
Berbanding kerjaya lain yang bermula dengan gred 41, gaji pensyarah baharu yang ada Ph.D bermula dengan gred 51.
Jika seorang guru menggunakan kenaikan timed-based bermula dengan gred 41, dia akan mendapat gred gaji berkenaan selepas bekerja hampir 20 tahun.
Saya membangkitklan perkara ini kerana kerajaan madani kini mahukan setiap kakitangan kerajaan bekerja kuat untuk meningkatkan produktiviti, bukan bekerja hanya satu atau dua jam sahaja sehari, dengan gaji yang jauh lebih tinggi berbanding cikgu di sekolah.
Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia perlu mengambil tindakan drastik untuk melihat kembali kerjaya kakitangan akademik di negara ini, khususnya di universiti saya.
Dr Yusof Abdullah
Universiti di utara
*Artikel ini memaparkan pandangan pembaca dan tiada ada kena mengena dengan pendirian portal kami. – MG
Bodohnya engkau ni…pensyarah tu bukannya mengajar saja..membuat penyelidikan & penerbitan ilmiah sampai tengah2 malam..duk dlm makmal berjam2..Sabtu Ahad pun duk dlm makmal tu ko tak nak kira ker? Konsultasi, geran penyelidikan, kerja2 klinikal 24/7, penyeliaan pelajar pasca siswazah dan segala mak nenek tanpa mengikut masa, tu ko kira mcm mana plak? Ko nak bandingkan plak dgn guru? guru ada buat research kaa?? Pensyarah tak ada time based laa..kalau ko cemerlang buat kerja2 ilmiah, dapatlah ko berganjak naik..kalau tak, ko kerja 30 tahun dan mengajar setiap hari pun ko akan pencen dgn gred yg sama mcm masa ko mula kerja dulu..untung jd guru…sampai tempoh masa naik pangkat…Tulisan sampah ni pun MG nak siarkan yer..