BAITULMAQDIS – Seorang lagi askar Israel dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan kulat semasa melakukan operasi di Gaza, Palestin.
Menurut The Times of Israel, Staf Sarjan Hanan Drori, 26 mendapat jangkitan kulat selepas cedera parah akibat tembakan RPG semasa bertempur di utara Gaza pada 17 Disember tahun lalu.
Beliau kemudiannya dirawat di hospital Kaplan dan dipindahkan ke Pusat Perubatan Sheba di Tel Aviv berikutan jangkitan kulat yang merebak namun meninggal dunia minggu ini.
Pihak hospital mempunyai bekalan ubat yang tinggal selepas pesakit lain tidak lagi memerlukannya dan memulakan rawatan ke atas Drori.
Bagaimanapun keluarga dan doktornya mendapat kebenaran untuk menggunakan ubat eksperimen dari Pfizer yang dipanggil Fosmanogepix yang dibawa masuk dari dari Ireland.
Kakak Drori, Tal memberitahu Saluran 12 pada hari Selasa tentang usaha keluarganya untuk mendapatkan ubat berkenaan.
“Kami meminta bantuan, dan mendapat lebih 2,000 orang yang membantu kami. Kami sampai ke satu tahap apabila cerita itu ditemui oleh seorang demi seorang, dan itulah cara kami sampai kepada pegawai berpangkat tinggi, tanpa mereka kami tidak akan dapat membawa ubat itu,” katanya.
Menurut laporan media israel, kira-kira 15 hingga 20 tentera telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kulat dari Gaza. Angka tersebut bagaimanapun belum disahkan oleh pusat perubatan tentera.
Pada bulan Disember, seorang askar meninggal dunia akibat kulat yang mengancam nyawa ditemui selepas dia cedera parah di Gaza.
Walaupun penjagaan sepanjang masa dan rawatan eksperimen dari luar negara, kulat itu terbukti rintang ubat-ubatan yang diberi.
Kematian Drori menjadikan jumlah tentera Israel yang terbunuh dalam serangan darat terhadap Hamas kepada 227 orang.-Agensi