Kakak kepada Nazrin Hassan, Elainee Hassan berjalan keluar selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 21 Jun tahun lalu yang melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar bersama dua remaja atas pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan di Putrajaya. Foto FAREEZ FADZIL, 08 FEBRUARI 2024.

PUTRAJAYA – Tidak pernah terlintas di fikiran keluarga Allahyarham Nazrin Hassan untuk ‘menghantar’ Samirah Muzaffar ke penjara atau pun ke ke tali gantung.

Sebaliknya, kakak kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund itu, Elainee Hassan berkata, mereka hanya mengikuti proses pihak pendakwaan dari mula hingga akhir.

Justeru beliau reda menerima keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.

“Semuanya ketentuan Allah dan kami reda. Kami bukannya nak Samirah dipenjarakan atau ke tali gantung. Kami dalam keadaan serba salah.

“Kami sedih adik kami (Nazrin) mati tapi pada masa yang sama kami tidak mahu Samirah disabitkan. Jadi kami terimanya sebagai ketentuan Allah, kami terima dengan reda, doakan kami kuat.

“Sama ada pendakwa raya akan bawa ke Mahkamah Persekutuan kita tunggulah keputusan mereka,” katanya beremosi kepada pemberita di lobi Istana Kehakiman di sini hari ini.

Samirah Muzaffar berjalan keluar selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 21 Jun tahun lalu yang melepas dan membebaskannya bersama dua remaja atas pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan di Putrajaya. Foto FAREEZ FADZIL, 08 FEBRUARI 2024.

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 21 Jun tahun lalu yang melepas dan membebaskan Samirah dan dua remaja atas pertuduhan membunuh suaminya pada Nazrin antara jam antara pukul 11.30 malam pada 13 Jun hingga jam 4 pagi pada 14 Jun 2018.

Keputusan tersebut dibuat secara sepakat oleh panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim serta Datuk Azhahari Kamal Ramli.

Dalam prosiding rayuan sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari berhujah, percikan darah pada dinding bilik yang terbakar di mana lokasi mayat Nazrin ditemui sepadan dengan asid deoksiribonukleik (DNA) mangsa. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mahkamah Rayuan kekalkan keputusan bebaskan Samirah dan dua remaja

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast