Tentera Israel melakukan lebih 50 serangan dari udara, darat dan laut, menyasarkan sekurang-kurangnya 10 rumah dan dua masjid di seluruh Rafah, dan mengakibatkan berpuluh-puluh terkorban. Foto media sosial

RAFAH – Israel mendakwa dua tebusannya telah diselamatkan dalam serbuan di Rafah, di tengah-tengah laporan serangan udara “mengganas” di bandar selatan Gaza itu.

Pasukan Pertahanan Israel (ID) berkata, tebusan yang dibebaskan berada dalam “keadaan baik”, dan mereka telah dibawa ke hospital untuk ujian perubatan.

Terdahulu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata, Rafah diserang, dengan beberapa kematian dilaporkan.

Israel mengakui melakukan serangan di selatan Gaza namun tidak memberikan butiran.

Dalam satu kenyataan di media sosial, IDF berkata, semasa operasi emalaman bersama IDF, ISA [Agensi Keselamatan Israel atau Shin Bet], dan polis Israel, dua tebusan Israel dari Kibbutz Nir Yitzhak telah diselamatkan.

Dua yang diselamatkan ialah Fernando Simon Marman, 60 dan Louis Har, 70.

Menteri Pertahanan Yoav Gallant menyifatkan ia sebagai “mengagumkan”.

Beliau menambah: “Kami akan terus memenuhi komitmen kami untuk mengembalikan mereka yang diculik, dalam apa cara sekalipun.”

Pada hari Ahad, kementerian kesihatan Hamas di Gaza berkata, 112 lagi rakyat Palestin telah dibunuh oleh tentera Israel pada hari sebelumnya, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kepada lebih 28,100 dan lebih 67,500 cedera.

Serangan menyelamat Israel yang dilaporkan pada Isnin di Rafah dibuat sejurus selepas berpuluh-puluh serangan udara Israel di utara dan tengah bandar itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast