Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan seorang pemilik syarikat yang dikaitkan dengan sindiket kartel kerja-kerja perolehan melibatkan sebuah kem tentera laut (TLDM) di sini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 42 dan 55 tahun tersebut ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira jam 4 petang tadi bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada jam 8.30 pagi esok bagi mendapatkan permohonan reman.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pada 18 Januari lalu, SPRM menahan tiga individu atas kesalahan tuntutan palsu dan menjadi dalang ‘kartel perolehan’ kepada 13 buah syarikat pembekal yang menguruskan kerja-kerja pembinaan di sebuah kem TLDM melibatkan jumlah nilai perolehan keseluruhan melebihi RM 9 juta.

Sehari selepas itu, Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Rahman Ayob dilaporkan berkata, TLDM mengesahkan beberapa anggotanya dipanggil SPRM susulan siasatan kes ‘kartel perolehan’. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast