Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa mendengar taklimat oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Muhammad Salleh Abdul ketika melawat kawasan kebakaran di Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras Kuala Lumpur. Foto SYADILA AMARI, 13 FEBRUARI 2024.

KUALA LUMPUR – Mangsa kebakaran di tingkat 17 Blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras pada Sabtu lalu akan diberikan rumah transit daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa semua keluarga boleh mula menduduki rumah transit di Flat Sri Johor bermula Rabu ini.

“Bagi yang membeli rumah kita bagi tempoh tinggal di rumah transit selama enam bulan, bagi yang menyewa kita bagi masa sampai tiga tahun,” katanya ketika ditemui di di Pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Cheras.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam masa yang sama, Zaliha berkata mangsa kebakaran turut menerima sumbangan berjumlah RM7,300 setiap keluarga selain keperluan harian.

“Hari ini kita berikan sumbakan tunai RM5,000 daripada Jabatan Wilayah Persekutuan,  DBKL RM1,000 dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak sebanyak RM1,000,” jelasnya.

Sementara itu, Zaliha berkata DBKL akan menjalankan kerja membaiki luar rumah yang terjejas akibat kebakaran pada Sabtu lalu.

Pada Sabtu lalu, sebanyak enam rumah di tingkat 17 di Flat Sri Sabah hangus dijilat api.

Seramai 16 penghuni melibatkan lima keluarga  kehilangan rumah akibat kebakaran tersebut dan tiga kini berada di PPS.

Walaubagaimanapun tiada kemalangan melibatkan nyawa terlibat dalam kejadian tersebut. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast