Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercakap kepada media selepas melakukan lawatan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ke Kuarters Pga ketika di Briged Tengah PGA,Cheras, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 16 FEBRUARI 2024.

KUALA LUMPUR – Mereka yang terlibat dalam aktiviti jenayah, termasuk kongsi gelap, di Pakan dan Julau, Sarawak sebelum tindakan diambil.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Larry berkata, beliau menyerahkan kepada Polis Sarawak menyelesaikan siasatan dan mereka yang terlibat tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang..

“Saya sendiri telah berkongsi isu itu kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Razarudin Husain) malah Ketua Polis Daerah turut mengeluarkan kenyataan terdapat tangkapan dibuat berhubung perkara itu.

“Biar proses (siasatan) itu selesai dibuat oleh pihak di sana (polis). Bagaimanapun, dakwaan wujud anasir jenayah itu tidak akan terlepas daripada siasatan polis,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas membuat lawatan di kuarters Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, di sini, hari ini.

Semalam Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Larry Sng menerusi catatan di Facebooknya dipetik berkata kumpulan kongsi gelap itu bukan sahaja mengendalikan perjudian dalam talian di kedua-dua daerah Pakan dan Julau, malah turut terbabit dalam aktiviti penjualan dadah, kontraban seperti rokok dan minuman keras serta pinjaman wang haram.

Wakil rakyat itu mendakwa barang haram seperti syabu atau ‘Batu’ (merujuk methamphetamine) dijual secara terbuka di bandar Julau untuk menunjukkan bahawa puak itu kebal di sisi undang-undang.

Malah Larry memberitahu, beliau juga dimaklumkan oleh beberapa penjawat awam dan ketua rumah panjang telah berhutang dan terdesak untuk menjual tanah mereka serta meminjam wang bagi membayar balik samseng yang mengenakan kadar faedah terlalu tinggi.

Sementara itu, Saifuddin berkata, polis menerima lima laporan ugutan bunuh terhadap peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid berikutan tindakannya mencabar peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Kata beliau, pihaknya yang memandang serius perkara tersebut dan terus memantau kes tersebut.

“Apabila ada aduan diterima, tindakan akan diambil bagi mengesan individu yang bertanggungjawab. Bagaimanapun setakat ini, belum ada tangkapan suspek dalam kes ini,” ujarnya.

Pada 9 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa 16 kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah. – MalaysiaGazette