PERMATANG PAUH – “Hang wakil rakyat Bangladesh? Burma (Myanmar) atau Melayu di Malaysia?”.
Demikian sindiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap wakil rakyat yang sering mencemuh kerajaan berhubung isu penyelarasan kadar tarif elektrik yang didakwa membebankan rakyat.
Beliau juga sekali lagi mengulangi pendirian kerajaan bahawa penyasaran semula subsidi elektrik baharu subsidi itu dilaksanakan susulan ia dinikmati kira-kira 10 peratus golongan yang tidak layak (kumpulan kaya dan berpendapatan tinggi) serta 3.5 juta warga asing.
“Harga tarif elektrik naik, orang (wakil rakyat pembangkang) serang saya habis-habisan sedangkan hakikatnya kenaikan tarif itu hanya melibatkan 15 peratus orang terkaya dan warga asing.
“Yang kita nak jadi jurucakap orang kaya pasal apa? Hang wakil Bangladesh? Burma (Myanmar) atau Melayu di Malaysia?
“Kalau wakil rakyat Malaysia, dia tau bahawa tarif kita naikan itu tidak kepada rakyat biasa tetapi kepada mereka yang terpaling kaya,” katanya ketika berucap pada Program Jualan Termurah Madani di Bandar Perda, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut beliau yang juga menteri kewangan berkata, penyelarasan itu adalah salah satu langkah yang diambil kerajaan dalam penyasaran subsidi. – MalaysiaGazette