Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL

CYBERJAYA – Seorang pesakit kanser perlu menunggu sekurang-kurangnya 30 hari untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tempoh berkenaan turut mengambil kira tahap keseriusan pesakit untuk mendapatkan rawatan.

“Ia bergantung kepada tahap keseriusan dan keperluan perubatan pesakit.

“Kalau dikenalpasti memerlukan rawatan kecemasan, pesakit segera akan dirawat. Kalau tidak pun, dia diberikan masa paling lewat sebulan tapi ia bergantung kepada keutamaan dan kes tersebut.

“Dia (pesakit) boleh kadang kadang kalau kita rawat, hari berikutnya pun boleh buat operation (pembedahan) terus,” katanya kepada media dalam sidang media sempena Sambutan Hari Kanser Sedunia di Universiti Cyberjaya, hari ini.

Turut hadir adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Ditanya mengenai adakah wujud isu menunggu lama, Dzulkefly berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya timbul kerana KKM mempunyai sembilan hospital berkaitan kanser.

“Sepatutnya tidak kerana kita telah melengkapi klinik kesihatan untuk merujuk terus kepada KKM,” katanya lagi.

Antara hospital yang berkaitan kanser adalah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Institut Kanser Negara (IKN), Hospital Sultan Ismail di Johor, Hospital Pulau Pinang (HPP), Hospital Likas di Sabah dan Hospital Umum Sarawak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast