Bekas juara Melbourne City Wrestling (MCW) Intercommonwealth, Emman Azman

KUALA LUMPUR – Bekas juara Melbourne City Wrestling (MCW) Intercommonwealth, Emman Azman akan kembali beraksi di tanah air sempena Malaysia Pro Wrestling (MYPW) 2024.

Emman berkata, beliau tidak sabar untuk bersaing dengan pemain senegara, Thommy Ardhi dalam saingan perseorangan dalan perlawanan New Breed II.

“Acara ini memang besar kerana kami meraikan 10 tahun gusti pro di Malaysia & ahli gusti Malaysia akan compete dengan ahli gusti Australia & Singapura juga. Selain Emman, juara dunia MYPW Carlo Cannon dari Australia juga akan bertanding.

“Emman akan bersaing dengan pemain Malaysia, Thommy Ardhi dalam single competition. Thommy adalah orang baru, jadi Emman berharap dapat memberinya perlawanan yang baik,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Bakal berlangsung di KuAsh Theatre TTDI, Kuala Lumpur, perlawanan New Breed II dijadualkan mengambil tempat 2 Mac depan.

New Breed II itu dianjurkan My Pro Wrestling (MYPW) bakal menampilkan bakat gusti anak-anak tempatan menentang ahli gusti negara luar seperti Australia dan Singapura.

Selain Emman, juara dunia MYPW, Carlo Cannon dari Australia juga mengesahkan kehadiran untuk bertanding.

Emman cemerlang pada pembuka tirai 2024 perlawanan ‘Renegades of Wrestling’ dengan menewaskan Robbie Eagles dalam pertarungan berlangsung 26 minit di Melbourne, Australia pada 25 Januari lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast