MOSCOW – Alexei Navalny, ketua pemimpin pembangkang yang menentang Presiden Rusia, Vladimir Putin meninggal dunia selepas dilaporkan jatuh pengsan ketika berjalan-jalan di dalam penjara Arkitik “Polar Wolf”.
Dia sedang menjalani hukuman penjara selama 30 tahun sejak tahun 2021.
“Navalny meninggal dunia selepas berjalan-jalan dalam keadaan tidak sihat pada hari Jumaat.
“Dia pengsan, Pasukan kesihatan yang tiba di lokasi dan mengambil semua langkah tetapi dia disahkan meninggal dunia,” menurut Perkhidmatan Penjara Persekutuan Daerah Autonomi Yamalo-Nenets
Setakat ini tiada maklumat tentang punca kematian Navalny tetapi jawatankuasa siasatan memaklumkan akan melakukan ‘prosedur siasatan’.
Kematian Navalny, seorang bekas peguam berusia 47 tahun, ketika Putin bersiap untuk pilihan raya yang pada bulan depan, akan mengekalkan berkuasa sehingga sekurang-kurangnya 2030.
Navalny menjadi terkenal lebih sedekad lalu selepas mendedahkan tentang rasuah dan kemewahan besar dalam kalangan pimpinan Putin.
Isteri Navalny, Yulia, memberitahu Persidangan Keselamatan Munich dia tidak pasti sama ada untuk mempercayai kematian suaminya.
“Putin dan kerajaannya… berbohong tanpa henti. Tetapi jika ini benar, saya mahu Putin, seluruh sekutunya Putin, kerajaannya tahu bahawa mereka akan bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan kepada negara, keluarga saya, kepada suami saya,” katanya.
Kremlin berkata, Putin telah dimaklumkan mengenai kematian Navalny.
Navalny pernah mendakwa diracun dengan agen saraf ketika dalam perjalanan perniagaan di Siberia pada Ogos 2020.
Kremlin menafikan cuba membunuhnya Navalny. – Agensi