KUANTAN – Seorang buruh warga Bangladesh ditemukan lemas dan terdampar Pantai Kampung Baru Gebeng pada jam 4.15 petang tadi pada jarak kira-kira satu kilometer dari lokasi terakhir beliau dilaporakan hilang.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa Md Rashidul, 30, dipercayai lemas selepas ditarik ombak semasa mandi bersama dua rakannya di pantai berkenaan sempena cuti hari minggu.
“Mangsa bersama dua rakan dikatakan mandi sekitar 100 meter dari pantai itu pada 12 tengah hari sebelum mereka ditarik ombak.
“Bagaimanapun rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa dikatakan tenggelam dan hilang.
”Mangsa berjaya menyelamatkan diri dan melihat mangsa terus tenggelam serta hilang dari pandangan,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.
Difahamkan rakannya cuba untuk selamatkan mangsa namun gagal dan kemudian pulang ke kilang tempat mereka bekerja untuk memaklukan pengurus mereka. – MalaysiaGazette