KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tersepit dan alami cedera ringan selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk motosikal di Persiaran Mokhtar Dahari dari Puncak Alam menghala ke UiTM Shah Alam pagi tadi.
Manakala empat lagi mangsa hanya cedera ringan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari orang awam melaporkan mengenai nahas jalan raya itu sekitat jam 6.06 pagi tadi.
“Dalam kejadian itu, pemandu kereta Perodua Bezza yang berusia 30-an telah tersepit di bahagian pemandu berjaya dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Enam lagi mangsa terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita termasuk seorang bayi berusia diserahkan kepada pihak kementerian kesihatan untuk rawatan lanjut.
Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan nahas tersebut.
“Kejadian berlaku apabila kenderaan Honda CRV dari arah Shah Alam dipercayai hilang kawalan dan masuk ke arah jalan bertentangan lalu bertembung dengan kereta Perodua Bezza yang datang dari arah Puncak Alam.
“Akibat kejadian ini, pemandu kereta Perodua Axia yang sedang datang dari arah bertentangan terpaksa mengelak Honda CRV ke kiri jalan lalu dilanggar oleh motosikal jenis Honda Wave yang datang dari arah belakang.
“Mangsa pemandu SUV jenis Honda CRV yang tercedera telah di bawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan manakala mangsa pemandu dan penumpang Bezza pula telah di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk menerima rawatan,’ ujarnya. – MalaysiaGazette